Gambar Seperti Ini Takkan Pernah Viral


Pemandangan macam ni adalah pemandangan biasa bagi kami. Tetapi ia tidak akan pernah viral. Staf² kami akan bekerja sekali pun sakit. Dengan tangan yang masih berjarum dan dengan drip, mereka meneruskan kerja.

Ada sahabat saya, doktor, patah kaki pun masih bekerja dengan kaki bersimen dan bertongkat. Bos saya pula terlibat dalam kemalangan sehingga lumpuh dan berkerusi roda, namun masih bekerja dengan sepenuh tenaga dan bersemangat biarpun bergelar OKU.

Staf² kami yang mengandung ramai yang keguguran ketika sedang bekerja dek tekanan kerja dan bebanan fizikal yang keterlaluan. Kadang-kadang kami sakit dan diberikan MC, tetapi kami memilih untuk terus bekerja kerana sedar akan bebanan kerja yang terpaksa ditanggung rakan sekiranya kami tidak bertugas. 

Kami ibarat superhero yang berfungsi dengan luar biasa. Sedangkan macai, mata merah sikit pun dah viral macam dia dah buta. Dah buta ke belum macai?

Ini semua tidak akan pernah viral. Yang akan viral hanyalah gambar curi staf rehat sekejap di bilik, gambar curi staf sedang tidur kepenatan sedangkan mereka kepenatan yang amat setelah melakukan CPR berterusan menyelamatkan nyawa orang lain dan gambar-gambar doktor² dan staf² bermain telefon kononnya.

Tetapi tak mengapa, biarlah kita viral di langit kerana viral adalah cara hidup macai. - Abdul Rahman Abdul Kadir | KOTAK TV
Gambar Seperti Ini Takkan Pernah Viral Gambar Seperti Ini Takkan Pernah Viral Reviewed by Editor on 4:49 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.