Kata Kaum 'Kerabat Diraja', Tapi Tak Mampu Bayar


Baca dan minta share agar jgn ada yg digunakan oleh keluarga ini.

Salam pada semua warga FB, wanita dan lelaki dalam gambar yang dilampirkan ini telah datang ke butik kami pada 11 Februari 2016 jam 5 petang. Mereka memperkenalkan diri mereka adalah kerabat Selangor dan Pahang ingin menyewa barang hantaran dan pakaian, serta khidmat fotografi dari butik kami untuk majlis pertunangan yang akan berlangsung pada 14 Februari 2016.

Memperkenalkan diri sebagai bonda, wanita berusia 68 tahun ini menyatakan dia akan bertunang pada 14 Februari dan nikah pada 19 Februari di Concorde Hotel Shah Alam bersama kerabat Selangor. 

Segala urusan telah diuruskan oleh puteri (gambar pasangan) yang meminta kami menyediakan segala persiapan secepatnya serta memberi cek kepada kami untuk bayaran. (cek affin bank atas nama pemilik akaun Abd Aziz bin Mat Idin) dan cek bertarikh 12 Februari akan masuk secara tunai pada hari Selasa 16 Februari 2016.

Kami menyatakan bahawa segala pembayaran deposit hanya kami terima cash. Namun mereka menjawab hanya akan membayar deposit pada waktu session fotografi pada 13 Februari jam 12 tengah hari.

13 Februari segala goodies, hantaran, baju, kasut dan accessori telah diambil untuk tujuan majlis bertunang dan sesi fotografi terus diadakan di butik kami untuk acrylic board perkahwinan. 

Selepas sesi fotografi bayaran yang dijanjikan tidak diberi dengan alasan amaun pengeluaran keluarkan duit sudah mencapai had maksima.  

Kami seperti dipukau dan hanya mengiakan sahaja apa yang diminta termasuklah set baju pernikahan, dan terus membuat tempahan untuk goodes pernoikahan mereka pada 20 Februari 2016 (500 box) melalui rakan niaga kami.

Pada 16 Februari jam 3 petang, kami dihubungi oleh Maybank yang memaklumkan kami menerima cek tendang. Kami terus menghubungi mereka pada nombor 011-24295657. 

Puteri menjawab panggilan dan  menyatakan akan datang membayar cash dibutik kami pada jam 1630 petang. Namun  gagal. 

Pelbagai janji di dalam SMS yang dihantar kepada kami sebagai alasan sehingga ke hari ini. Laporan polis telah kami buat namun kami dinasihat untuk share bagi tujuan agar tiada mereka di luar sana ditipu oleh mereka.

Mereka ini memang sudah lama menipu orang dengan menjual diri kononnya kerabat diraja dan lebih dari 5 orang telah membuat laporan yang mereka juga menerima cek tendang. - Nana Bridal | KOTAK TV
Kata Kaum 'Kerabat Diraja', Tapi Tak Mampu Bayar Kata Kaum 'Kerabat Diraja', Tapi Tak Mampu Bayar Reviewed by Editor on 4:31 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.