Arwah Wafiq Dapat 9A SPM


TERENGGANU - Allahyarham Muhammad Wafiq Mohd Noor, 17, yang lemas bersama rakannya ketika mengikuti rombongan jemaah tabligh pada Disember 2015, berjaya memperolehi 9A dalam semua mata pelajaran yang diambilnya dalam bidang Sains Tulen. 

Gambar slip peperiksaan SPM beliau dimuat naik oleh pelakon, Mustapha Kamal tersebar di media sosial mencetus reaksi sedih netizen terhadap kehilangan pelajar yang cemerlang itu.


Walaupun telah meninggal dunia dalam kejadian yang tidak diingini itu, Allahyarham telah membanggakan keluargannya dengan keputusan SPM yang superb cemerlang.

Bagaimanapun, ucapan tahniah pada Allahyarham sudah tiada gunanya lagi. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. - KOTAK TV
Arwah Wafiq Dapat 9A SPM Arwah Wafiq Dapat 9A SPM Reviewed by Editor on 3:23 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.