Gaji Pemungut Sampah RM420 Setahun


Jika di Malaysia, gaji pemungut sampah tidak melebihi RM2,000 lebih. Namun, berbeza bagi Noel Molina dan Tony Sankar. Sebutkan saja segala jenis sampah yang ada seperti ikan busuk, perut babi, bangkai tikus bersaiz kaki, bahkan sebelah kaki manusia, itu semua pernah ditangani oleh mereka berdua.

10 tahun berada dalam pekerjaan yang menjijikan dan memualkan ini, mereka masih gembira. Ini kerana mereka dibayar dengan gaji lumayan. 

Lapor CNN Money, Moline meraih pendapatan RM471 ribu (US$112 ribu) tahun lalu sebagai pemandu trak sampah. Sankar pula meraih pendapatan RM421 ribu sebagai kelindan yang bertenggek di belakang lori sampah yang bertugas pada syif tujuh malam sehingga jam tiga pagi.

"Gaji kami jauh lebih besar dari graduan kolej. Orang yang masuk kolej pun, belum tentu ada pendapatan seperti saya," kata Sankar.

Menurut majikan mereka, gaji kedua-dua pekerjanya dinaikkan setiap tahun sejak lapan tahun yang lalu.

Bukan sahaja dibayar dengan gaji lumayan, malah kenaikan gaji mereka lebih pantas.Gaji pemungut sampah di Amerika Syarikat meningkat pada kadar purata 18%, berbanding 14% bagi sektor buruh secara umum di negara itu selepas kegawatan ekonomi pada tahun 2009 berakhir.

Menurut Jabatan Buruh Amerika Syarikat, gaji tahunan bagi pemandu trak sampah ialah RM168 ribu (AS$40 ribu) setahun, lebih tinggi bagi purata gaji lulusan sekolah tinggi iaitu RM126 ribu (AS$30 ribu).“Orang yang masuk kolej pun belum tentu ada pendapatan macam saya,” ujar Sankar. - KOTAKTV
Gaji Pemungut Sampah RM420 Setahun Gaji Pemungut Sampah RM420 Setahun Reviewed by Editor on 9:26 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.