'Sampai Bila Nak Bawa Kapcai? Tak Malu Ke?'


Kisah saya dan Menara HLA yang saya takkan lupa sampai bila-bila! Baik! Sangat Baik! Yess!!!

"Tit tit, tit tit" 

Handphone Nokia 3310 saya berbunyi. Mei 2008, waktu tengahari. Daos (bukan nama sebenar) rakan sekuliah di UM SMS saya. Masa ni baru habis belajar, tengah tunggu konvo bulan Ogos. Menganggur kejap. SMS beliau berbunyi "Lid malam ni ko free tak? Aku nak ajak ko datang seminar pasal kewangan & ekonomi kat KLCC. Bagus Lid. Kena bayar tapi takpe aku sponsor ko". Saya yang memang meminati bidang ni pun setuju, sebab memang saya free waktu tu. "Ok jumpa malam karang".

Lepas Maghrib saya pun sampai di KLCC naik kapcai, park kat situ. Ingat yer, dari Taman Sri Muda Shah Alam naik kapcai ke KLCC tau. Dekat 45 minit gak perjalanannya tu. Jumpa Daos, dia bawak saya ke MENARA HLA di belakang KLCC. Saya berpakaian biasa je tapi beliau siap pakai kot. Beliau tak banyak cerita seminar tu siapa anjurkan, siapa speaker dll. Jawapan beliau banyaknya "adalah... ko ikut je aku". So, saya pun masuk lah dewan seminar. Boleh tahan ramai, semua pakai macam Daos Semuanya baik baik bertegur sapa mesra.

Seminar pun bermula, speaker tanya "APA KHABAR SEMUA???" satu dewan bergegar jawab "BAIK, SANGAT BAIK, YESSS!!!". Malam tu tah berapa kali tah diorang ulang dialog sama. Nama speaker macam orang Perancis, ada Marquis di depan. Boss dia nama Duke. Yang baru nak up dipanggil Count. Pergh, macam cerita perang. Hahaha... dalam seminar tu dia dok sembang la pasal masalah ekonomi tahun 2008, pasal gaji tak cukup, pasal makan gaji tak leh nak enjoy life... last sekali rupanya ajak masuk MLM syarikat DCHL jual lampu pewangi jenama Lampe Berger. Daftar RM30 je. Pakej ada 2000+ sampai 30,000+. Kalau takde duit boleh buat loan. Saya tanya Daos dia masuk pakej yang mana, sekali lagi beliau jawab "adalah..." hurmmmm.

Selepas seminar bertaburanlah orang keluar dewan dengan penuh semangat. Ada satu seksyen di situ disediakan banyak meja. Di situlah leader leader mereka sembang kencang show off macam-macam untuk yakinkan prospek. Ramai juga student UM yang saya nampak kat situ. Saya terkebil-kebil saja kerana Daos sibuk sembang kencang gak dengan geng-geng Count dia. Saya mundar mandir perhatikan sahaja gelagat-gelagat manusia di situ. TIBA TIBA.

Daos ajak saya ke bahagian belakang menara. Ada beberapa orang tengah berkumpul kat belakang. Rupanya diorang nak perkenalkan 2 orang leader pangkat Marquis. Sekali lagi, Marquis tanya "APA KHABAR SEMUA?!!!" maka jawablah beramai-ramai "BAIK, SANGAT BAIK, YESSS!!!" sambil tangan menumbuk ke udara. Salah seorang Marquis bagi motivasi cakap "cuba bila kita tengok Ferrari atas jalan, kita tak teringin ke cakap tu driver aku dah sampai. Tapi, bawak ferrari mesti la nak bawak sendiri takkan nak suruh driver bawak kan hahaha" beliau gelak besar sambil diiringi tawa hilai bebudak yang tak tau apa- apa. Last punchline beliau "esok saya nak pergi booking Mercedes. ada sapa-sapa nak ikut tak?" ramai-ramai jerit "saya! saya!" HAHAHA... saya gelak je dalam hati. Oh ya salah sorang Marquis tu kawan lama saya rupanya. Nama dia Nash (bukan nama sebenar).

Kelakar time part diorang panggil 2 - 3 orang (termasuklah saya terkena, cissss) untuk bagi review pasal seminar tu dan berapa lot nak masuk. Saya terpaksa kencing Daos & Marquis tu cakap nak masuk 10 lot. Setiap kali habis review, Marquis akan tanya kuat-kuat "SUPPORT KHALID TAK??!!!!" dan ramai-ramai menjadi fake & hipokrit jawab "SUPPORTTTT!!!!" dengan tumbuk ke udara & buat muka bengis. Pergh, macam tuuttt je aku tengok.

Jam telah menunjukkan pukul 12 lebih tengah malam. Kemudian... JENG JENG JENG... TIBA-TIBA.

Meluru seorang lelaki dengan muka cemas, "woi woi semua jom tengok ni cepat!!!" lalu beramai-ramailah semua berlari-lari anak mengikut arah lelaki tersebut. Ko tau dia suruh tengok apa? Tu ha... leader-leader semua tengah show off kereta pusing-pusing roundabout kecik tu. Keliling roundabout tu semua dok cheer diorang. Leader-lader ram minyak sedas... bebudak kagum, terlopong, teruja dan makin bersemangat nak join. KAH KAH KAH... so fake & hipokrit. 

Saya masa tu dah geram. Rupanya saya dah kena game pergi seminar MLM. Dari jauh saya datang nih. Lepas 1 pagi baru saya "dilepaskan" untuk balik oleh Daos. Daos dalam waktu tu memujuk saya berkali-kali untuk join, introduce kat leader-leader suruh bagi semangat dll. Hahahaha... saya layan dengan muka paling tempe sekali. Balik tu saya menjerit-jerit marah lepas tension kat parking. Sebab apa? Sebab tak jumpa saya park motor kat mana. Tak ingat la pulak. Dah la besar tempat tu. Hahaha.

Esoknya Daos SMS dan call lagi tanya bila boleh jumpa nak sembang lebih lanjut pasal ni. Saya bagi macam-macam alasan untuk mengelak. Daos keluar ayat-ayat power sambil kutuk-kutuk saya "kalau ko makan gaji tak ke mana la Lid. Sampai bila nak bawak kapcai, ko tak malu ke?" Masa tu beliau sudah memandu Honda City. Akhirnya hubungan kami menjadi renggang dan terus lost contact sampai sekarang.

So, apa jadi kat Daos dan Nash tu? Daos hutang lebih RM100k, rupanya dia join pakej > 30k pakai hutang, lepas tu nak maintain pangkat tiap-tiap bulan kena beli barang pakai sendiri. Saya tahu daripada salah sorang bekas Marquis yang join bank saya. Sama-sama training dengan dia, so dia bocor rahsia. Hutang kad kredit dia sampai kena restructured. Nash? Jangan terkejut, ada satu hari tu dia SMS saya nak pinjam duit RM10,000 untuk setup bisnes baru. Marquis income puluh ribu mintak pinjam duit dengan saya? Huhuhu... saya tak bagi (sebab mana lah mampu). Tak tau apa cite dah pastu.

PENGAJARAN DARIPADA KISAH INI?

Jangan riak & takbur, pastu nak hina orang. Hari ni kita di atas, mungkin akan datang kita di bawah. Jangan game orang macam tu. Memang tak hingin punya orang join. Kalau orang memang nak, dia akan join dengan rela hati punya. Jangan sesekali buat loan untuk join MLM. Tak pernah lagi saya jumpa orang amik loan ni sukses dalam MLM. Don't fake yourself to impress people. Tak ada siapa yang bahagia buat camtu. Mula-mula mungkin tak rasa apa-apa tapi lama-kelamaan anda akan dihantui rasa bersalah sebab dah menipu untuk kepentingan diri sendiri.

Begitulah rendahnya level saya 8 tahun lepas, tapi 8 tahun kemudian Alhamdulillah saya berjaya memperbaiki taraf hidup saya. Hidup satu perlumbaan marathon, bukan sprint. Jika sekarang hidup anda susah, berusahalah untuk memperbaiki hidup anda pada masa akan datang. Siapa tahu, 5 tahun kemudian anda boleh jadi jutawan kan? Yang di bawah boleh naik, yang di atas boleh turun. Yang miskin boleh kaya, dan yang kaya boleh miskin. Ingat tu.

Ada pengalaman serupa seperti di atas? Silakan KOMEN & TAG kawan-kawan anda. Silakan SHARE untuk pengajaran bersama. Terima kasih, semoga bermanfaat.

P/S 1 - Hati-hati kalau kawan lama tiba-tiba ajak jumpa or nak belanja makan hehehe. Benda macam ni datang & pergi. Takkan boleh dihapuskan, cuma kita yang kena bijak untuk mengelak. Beranikan diri untuk berkata "TAK NAK" sebelum hidup anda susah selama berpuluh-puluh tahun. - Khalid Hamid | KOTAKTV
'Sampai Bila Nak Bawa Kapcai? Tak Malu Ke?' 'Sampai Bila Nak Bawa Kapcai? Tak Malu Ke?' Reviewed by Editor on 9:39 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.